Pages

Iklan

Followers

Monday, September 24, 2012

Alat-alat Muzik


Alat-alat Muzik
Alat-alat muzik adalah alat yang diperbuat atau dimodifikasi untuk tujuan menghasilkan muzik. Alat-alat muzik terdiri daripada empat jenis cara ianya terhasil iaitu;
  1. Alat Muzik Tiup – bunyinya dihasilkan oleh peniupan
  2. Alat Muzik Bertali – menghasilkan bunyi melalui pemetikan
  3. Alat Muzik Tekan – menghasilkan bunyi melalui penekanan
  4. Alat Muzik Perkusi – menghasilkan bunyi melalui pemukulan




Alat Muzik Tiup
Saksofon
Saksofon adalah instrument yang masih tergolong dalam keluarga woodwind. Saksofon biasanya diperbuat daripada logam dan dimainkan menggunakan single-reed seperti clarinet. Saksofon umumnya dihubungkan dengan popular muzik, big band music dan jazz tetapi awalnya ditujukan sebagai instrument orkestra dan band militer. Pemain saksofon disebut sakfofonis.

Trombon
Trombon adalah alat muzik tiup logam. Seperti pada alat muzik tiup logam yang lainnya, bunyinya dihasilkan dengan menggetarkan bibir. Kata trombone diambil dari bahasa Itali, tromba (trompet) dan one (akhiran yang bererti besar) maka secara ringkasnya erti trombone adalah “trompet besar” Pemain trombone disebut trombonis.
Klarinet

Sumber : http://kaddu.wordpress.com/2007/07


Alat Muzik India
Terdapat empat keluarga instrument muzik India iaitu Tantrigad (alat muzik bertali). Anandha (alat muzik perkusi) Sushir (alat jenis tiupan) dan Ghan (alat muzik logam).

Vena (Tantrigad)
Alat melodi yang hampir sama dengan Sitar. Mempunyai 7 tali, terdiri daripada 4 tali gut dan tiga tali tarab. Tone lebih lembut dari sitar dan terdapat 2 sound chamber (bahagian yang diperbuat daripada labu yang telah dikeraskan)
  
Bansuri (Sushir)
Alat tiup kayu yang diperbuat daripada bambu. Mempunyai 6 atau 7 lubang yang ditebuk untuk menghasilkan pic yang berbeza.

Dholak (Ananda)
Ia juga dipanggil dholki dan mempunyai dua bahagian permukaan yang berbeza saiz. Pic tinggi dihasilkan dengan memainkan bahagian permukaan yang kecil dan pic rendah dihasilkan dengan memainkan bahagian permukaan yang besar. Ia digunakan untuk mengiringi Qawwali.

Dilrubat (Tantrigad)
Ia berbeza dengan sitar dan sarangi. Mempunyai 18 tali dan fret yang diperbuat daripada logam. Ia dimainkan dengan menggunakan bow atau penggesek.

Esraj (Tantrigad)
Ia gabungan sitar dan sarangi. Berbunyi seperti sarangi dan juga dimainkan dengan menggunakan bow.

Mridangam (Anandha)
Ia mempunyai dua permukaan yang berbeza. Bahagian permukaannya diperbuat daripada kulit kambing. Ia digunakan untuk mengiringi ghatam. Pic tinggi dihasilkan dengan memainkan bahagian permukaan yang kecil dan pic rendah dihasilkan dengan memainkan bahagian permukaan yang besar.

Pakhwaj (Anandha)
Ia juga dipanggil mardal atau mardala. Ia juga mempunyai dua permukaan yang berbeza saiz. Bahagian permukaannya diperbuat daripada kulit kambing. Ia digunakan untuk mengiring Drupad.

Pungi (Sushir)
Ia terkenal bagi menjinakkan ular tedung dan diperbuat daripada labu dan dua batang kayu, biasanya daripada bamboo. Ia mempunyai bunyi melodi dan drone.
Rabab (Tantrigad)

Sarangi (Tantrigad)
Ia adalah alat bertali yang digesek. Mempunyai tiga tali gut dan 30 tali tarab . Tidak mempunyai  tali chitikari. Ia dianggap sebagai alat muzik daripada golongan kasta rendah.

Sarod (Tantrigad)
Ia adalah jenis lute yang dipetik seperti gitar dan tiada fret. Pemetiknya diperbuat daripada tempurung kelapa dan mempunyai empat tali gut, dua puluh tali tarab dan dua tali chitikari.

Shenai (Sushir)
Ia mempunyai persamaan dengan alat muzik barat Obeo dan menggunakan double reed. Berbadan kayu dan mempunyai serombong logam.

Sitar (Tantrigad)
Ia jenis lute dan berasal dari Parsi. Mempunyai tali logam dan mempunyai tujuh tali gut untuk memainkan melodi dan talal (skel). Tali lain berfungsi untuk memainkan drone. Terdapat tiga belas fret yang boleh diubah kedudukannya. Ia mempunyai sound chamber dan dipetik menggunakan pemetik logam dipanggil mizrab.

    


No comments: