Pages

Iklan

Followers

Monday, July 4, 2011

Kemudahan Awam


Latarbelakang
Penyediaan kemudahan yang mencukupi dari segi kuantiti dan kualiti adalah perlu kerana ianya bukan sahaja menggambarkan perubahan permintaan tetapi juga sebagai indikator pembangunan dan taraf hidup sesuatu masyarakat.

Kemudahan Kesihatan
Kemudahan kesihatan merangkumi hospital, klinik kesihatan dan klinik desa. Kemudahan ini disediakan mengikut hierarki di peringkat negeri, daerah dan tempatan. Dasar pelaksanaan kesihatan adalah untuk menggalakkan dan menjamin masyarakat sihat dari segi fizikal dan mental. Kemudahan kesihatan disediakan bertujuan untuk menyalurkan perkhidmatan pencegahan, rawatan dan pemulihan.



Kemudahan Pendidikan
Kemudahan pendidikan merangkumi Taman Didikan Kanak-Kanak (Tadika), Sekolah Rendah, Sekolah Menengah, Sekolah Sinar, Sekolah Vokasional, Teknik dan Institut Pengajian Tinggi (IPT). Di antara kemudahan ini, tadika, sekolah rendah dan sekolah menengah perlu disediakan di peringkat tempatan.
 Kemudahan Polis
Penubuhan kemudahan polis adalah berdasarkan kepada fungsi dan hierarki dengan mengutamakan kepentingan faktor keselamatan masyarakat setempat. Perancangan kemudahan ini juga mengambil kira faktor kadar dan tren jenayah bagi sesuatu kawasan.



Kemudahan Bomba dan Penyelamat
Perkhidmatan Bomba disediakan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Fungsi dan peranan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia berdasarkan peruntukan Akta Perkhidmatan Bomba 1998 (Akta 341). Penyediaan Perkhidmatan Bomba di peringkat negeri dan daerah disalurkan melalui balai-balai bomba 3 bay dan 2 bay. Perkhidmatan yang disediakan ialah khidmat kebombaan dan penyelamatan kepada masyarakat.

Dewan Orang Ramai
Dewan orang ramai merupakan keperluan penting masyarakat sebagai tempat perjumpaan umum untuk tujuan sosial, politik, pembelajaran dan rekreasi. Ia juga berfungsi sebagai alat untuk memupuk semangat perpaduan dan kejiranan. Penyediaan dewan orang ramai adalah berdasarkan kepada fungsi, kepadatan penduduk dan jarak lingkungan kemudahan ini. Terdapat 3 jenis dewan orang ramai (umum) iaitu balai raya, dewan orang ramai dan dewan serba guna.


Kemudahan Kebajikan
Kemudahan kebajikan bertujuan memberi penjagaan, perlindungan dan pemulihan serta menjamin kumpulan tertentu seperti kanak-kanak, remaja, golongan kurang upaya, warga tua dan keluarga yang menghadapi masalah dan mangsa kegawatan sosial. Kemudahan ini perlu disediakan agar mereka tidak ketinggalan dalam menikmati kemakmuran yang sedang pesat membangun.


Perpustakaan Awam
Penyediaan kemudahan perpustakaan awam yang mencukupi adalah perlu bagi mewujudkan masyarakat yang berbudaya membaca dan berilmu. Perkhidmatan perpustakaan awam yang disediakan dikendalikan oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri dengan kerjasama Kerajaan Tempatan.
Kemudahan Perkhidmatan Pos
Kemudahan perkhidmatan pos kini dikendalikan oleh Pos Malaysia Berhad. Perkhidmatan pos telah melalui beberapa perubahan selepas proses penswastaan. Operasi perkhidmatan pos lebih berfungsi sebagai syarikat swasta yang berdasarkan keuntungan dan pulangan balik.





Tempat Ibadat Islam dan Bukan Islam
Kemudahan tempat sembahyang mengikut anutan agama masing-masing juga disediakan bagi memudahkan rakyat mengerjakan sembahyang di tempat yang selesa. Masjid disediakan untuk penganut islam, tokong disediakan untuk  penganut budha, kuil disediakan untuk penganut hindu dan gereja pula untuk penganut kristian.






Kemudahan Pengangkutan Dan Tempat Letak Kenderaan
Pengangkutan merujuk kepada kenderaan yang membawa seseorang atau sesuatu dari satu tempat ke satu tempat yang lain, biasanya pada jarak yang jauh berbanding jika berjalan kaki. Sistem pengangkutan biasanya boleh dibahagi kepada beberapa pembahagian bergantung kepada cara ia bergerak, kuasa, dan lain-lain. Antara pembahagian yang biasa adalah :-
  • Pengangkutan darat
  • Pengangkutan laut
  • Pengangkutan udara


ADAB MENJAGA KEMUDAHAN AWAM

Bahagian
Tajuk kecil
Cadangan

Adab Menjaga Kemudahan Awam

Adab dalam kehidupan Bersosial
1.      Maksud kemudahan awam
2.      Contoh kemudahan awam
3.      Cara menjaga kemudahan
4.      Tuntutan menjaga kemudahan awam
5.      Adab menjaga kemudahan awam
6.      Kepentingan/faedah kemudahan awam terhadap individu, masyarakat dan negara
7.      Penyalahgunaan kemudahan awam
8.      Kesan penyalahgunaan kemudahan awam
    


Maksud kemudahan awam:
Kemudahan yang disediakan oleh pihak tertentu untuk kegunaan orang ramai
Contoh:
Telephon , tandas awam, dewan org ramai, papan tanda jalan raya, lampu isyarat, taman rekreasi, paip bomba, musalla, papan tanda jalan raya, lampu isyarat, taman reakrasi dan sebagainya.

ADAB MENJAGA  KEMUDAHAN AWAM
-Menggunakannya mengikut peraturan yang telah disediakan
-Bertimbang rasa dengan pengguna lain
-Bertanggungjawab terhadap keselamatan  kemudahan awam
-Gunakan keperluan tanpa pembaziran
-Melaporkan kerosakan kepada pihak yang bertanggungjawab

Kepentingan kemudahan awam
Individu
-Memberi kemudahan kepada golongan yang kurang mampu
-Menjamin kesejahteraan hidup
-Membantu ketika kecemasan
-Menjimatkan perbelanjaan

Masyarakat
-Menjalin hubungan silaturrahim
-Menjalin semangat perpaduan
-Memupuk sikap bertoleransi
Negara
-Dapat menarik pelancong
-Menjimatkan peruntukan kewangan
-Meningkatkan ekonomi

PENYALAHGUNAAN KEMUDAHAN AWAM
-Menggunakan paip bomba untuk kemudahan sendiri
-Membuat panggilan palsu kepada pihak polis
-Membuang sampah bukan pada tempat yang disediakan
-Menconteng papan tanda jalan raya

Tangungjawab menjaga kemudahan Awam
-Menerapkan pendidikan awal kepada kanak-kanak dalam menghargai kemudahan awam
-Kempen kesedaran cara menggunakan kemudahan awam
-Penguatkuasa undang-undang

No comments: