Pages

Iklan

Followers

Monday, July 4, 2011

Kempen Cintailah Sungai Kita


Program Bahagian Sungai : Kempen Cintailah Sungai Kita

Kempen ‘Cintailah Sungai Kita’ Peringkat negeri Perak telah dilancarkan dengan rasminya oleh Tan Seri Ramli Ngah Talib, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan pada hari Selasa, 18 Mei 1993 bertempat di Taman Rekreasi Sungai Perak, Kuala Kangsar. Majlis ini turut dihadiri oleh exco-exco kerajaan negeri, YB ADUN-ADUN, ketua –ketua Jabatan termasuk En Tan Chee Beng Pengarah JPS Negeri Perak.






Majlis yang disertai oleh kira-kira 1000 orang itu merupakan bermulanya komitmen dan usaha bersungguh-sunguh untuk mendapatkan penyertaan orang ramai supaya bersama-sama menjaga dan memelihara sungai. Antara aktiviti yang diadakan sempena majlis pelancaran tersebut adalah:-

i.                    Melepaskan anak ikan
ii.                  Pameran
iii.                Ekspedisi
Kempen Cintai Sungai Kinta ini melibatkan perbagai kategori dimana setiap kategori akan dipertandingkan bagi memupuk minat masyarakat setempat kearah mencintai sungai. Antara kategori tersebut ialah Kategori Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung, Kategori Sekolah dan Kategori Perlancongan. Selain itu, kempen ini diperbagaikan dengan aktiviti ceramah-ceramah kesedaran di peringkat sekolah, pertandingan mewarna, ekspedisi sungai, gotong-royong dan sebagainya.


 

KEJAYAAN YANG DICAPAI 
Aktiviti-aktiviti gotong-royong membersihkan sungai merupakan antara aktiviti yang dapat menyemai sikap cintai sungai kita dikalangan masyarakat setempat. Selain membersihkan sungai, aktiviti ini turut membabitkan kerja-kerja pengindahan sungai seperti penyediaan kemudahan rehat di sungai-sungai berkenaan. Antara sungai-sungai yang terlibat adalah Sungai Perak, Sungai Lalang, Sungai Kinta, Sungai Pari, Sungai Sungkai, Sungai Terus, Sungai Air Hitam, Sungai Kurau dan Sungai Kuang.

No comments: